Thursday, February 21, 2013

Cerita Dodol


Mohd Zaini Mohd Adnan merupakan pengusaha dan pembekal dodol yang telah pun beroperasi sejak lapan tahun yang lalu. Perniagaan yang diberi nama Dodol Warisan Tradisional terletak di Kampung Pulai, Merlimau, Melaka, kira-kira 15 kilometer dari bandaraya Melaka. 

Dodol Warisan Tradisional yang kini dikenali dengan nama Mohd Zaini Food Industry merupakan perniagaan turun-temurun daripada keluarga beliau.

Dodol Warisan menawarkan lebih enam jenis dodol yang beraneka perisa dan warna iaitu perisa asli, kelapa, pandan, coklat, strawberry, durian dan wajik. 

Cara pembungkusannya yang menarik, unik dan mesra pelanggan pasti dapat menambat hati sesiapa sahaja.
Dodol Warisan Tradisional dihantar ke negeri-negeri di sekitar Malaysia seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment